DETIK PERPADUAN BERKAITAN GOTONG ROYONG
gotong-royong yang berasal dari bahasa Jawa " gotong " (bermakna mengangkat) dan "royong" (secara bersama-sama) diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup atau adat resam Bangsa Melayu. Kini, selepas kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas pengwujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973 , gotong-royong telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa . Selain mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum, aktiviti gotong-royong turut mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat. Gotong-royong adalah kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat secara bekerjasama bagai aur dan tebing dalam menyelesaikan pekerjaan dengan sukarela. Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di kampung-kampung. Namun begitu, kurang dilakukan dibandar pada masa kini. Hal ini mungkin juga kerana suasana bandar dimana ...