DETIK PERPADUAN BERKAITAN GOTONG ROYONG
gotong-royong yang berasal dari bahasa Jawa "gotong" (bermakna mengangkat) dan "royong" (secara bersama-sama) diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup atau adat resam Bangsa Melayu. Kini, selepas kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas pengwujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa.
Selain mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum, aktiviti gotong-royong turut mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat. Gotong-royong adalah kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat secara bekerjasama bagai aur dan tebing dalam menyelesaikan pekerjaan dengan sukarela.
Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di kampung-kampung. Namun begitu, kurang dilakukan dibandar pada masa kini. Hal ini mungkin juga kerana suasana bandar dimana penduduk kebanyakannya tidak ambil cakna tentang jiran tetangga dan kawasan sekitar menyebabkan aktiviti gotong royong sukar dijalankan. Aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di negara ini untuk mengeratkan perpaduan di antara kaum.
Tidak dinafikan bahawa gotong royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama dalam membersihkan Kawasan sekitar. Ini mewujudkan rasa kekitaan antara masyarakat. Gotong royong turut merapatkan hubungan masyarakat dan mewujudkan nilai murni.Gotong-royong sebenarnya dapat membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang berat akan menjadi mudah jugak dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong royong.
Sejak di bangku sekolah lagi, amalan murni ini diterapkan supaya kerja murni bermasyarakat ini dapat diteruskan berlangsung seiring dengan kemajuan negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar agar wujud rasa dihargai oleh masyarakat.Setiap insan itu akan lebih matang jika hidup bermasyarakat. Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha meningkatkan semangat gotong-royong kembali. Ceramah, forum, dan kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka turut bersama-sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka.
Kebaikan mengamalkan amalan gotong-royong atau kerjasama ialah dapat mewujudkan persekitaran yang positif antara ahli-ahli masyarakat terutamanya untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan secara berkesan. Amalan ini dapat memberi semangat kepada masyarakat walau berat mana pun tugasan akan dapat diselesaikan dengan begitu baik jika semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama dikawasan urbanisasi.
Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum yang amat penting dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.
Bergotong-royong juga boleh memperindahkan lagi tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar ‘indah khabar dari rupa’. Amalan gotong-royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti Aedes.
Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan serta dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi lain. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa dikawasan tempat tinggal.
Dalam agama Islam juga turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang muslim. ‘Kebersihan itu sebahagian daripada iman’ sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang Islam sama ada sedar ataupun tidak sebuah Hadis baginda Rasulullah S.A.W berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara.
Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali.
Mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.
Akhir sekali gotong royong ini perlu dilaksanakan agar masyarakat dapat Bersatu padu dalam apa apa jua yang dilakukan . Remaja dan kanak juga perlu menyertai gotong royong agar apabila mereka sudah dewasa mereka dapat meneruskan aktiviti gotong royong bersama anak anak mereka.
NORSYAZLEEN SYUHAIL BINTI ABU HASSAN (F1036)
NUR AFIQAH FAQIHAH BINTI AZAMAN @ AZMAN (F1015)
AKMAL ARIF BIN HASHIM (F1099)
SHAZATUL NAZIHAH BINTI SHAHURIN (F1075)
Alhamdulillah, baru-baru ni saya baru je bergotong-royong
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteBagus.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlhamdulillah ini yg kite perlu ad dlm diri sendiri iaitu sikap perpaduan
ReplyDeleteAlhamdulillah..sama" la kita bergotong royong tapi SOP perlu jaga
ReplyDeleteAlhamdulillah. Rakyat haruslah menerapkan amalan bergotong-royong dalam diri supaya kita dapat hidup dalam persekitaran yang sihat.
ReplyDeleteGotong royong bukan shj bgus utk merapatkn hubungan antara satu sama lain, malah bagus juga dari segi kesihatan kerana hidup dlm persekitaran yg bersih
ReplyDeletedalam bergotong royong jangan lupa jaga kebersihan juga dgn memakai sarung tangan
ReplyDeletetanam tanam ubi....tk perlu di jaga
ReplyDelete👍👍
ReplyDelete